Sang Setia

Monday, 24 September 2012

SATURDAY NITE

Assalamualaikum.

Mase tu family aku ada outing dekat DATARAN BATU PAHAT. Dah macam iCity dekat Shah Alam tu pula. Ni some of the moments that aku sempat capture. Cheese =)


- ada bazar jual macam-macam benda -
- abang aku test topi, haha -
- ibu memang suke beli tudung -
- kat sini orang melukis potret pun ada -
- the budak botak *Rayyan is happy with his bubble gun -
- ada rabbit tau! -
Kami pon pulang dengan hati yang riang. Boleh gitu? Hahaha.




Friday, 21 September 2012

MALAM ITU

Ikut hati mati
Tapi, ah!
Aku rasa kau durjana,
Cukup-cukup durjana

Pusing kanan tak kena
Pusing kiri juga sama
Serba tak kena
Semua angkara kau

Angin menghembus malam 
Ah, masih panas hatiku
Macam-macam cara juga gaya
Tapi semua tuju jalan buntu

Kau pilih aku
Sedangkan aku tidak mahu
Memberontak hatiku
Ahhh ! Celakalah kau nyamuk !
Sakit tau tak !

Tuesday, 18 September 2012

KESAL

Kesal aku
Bila ada orang suka jage tepi kain orang
Tapi tepi kain sendiri koyak rabak

Kesal aku
Dengan orang yang tunjuk satu jari dekat orang
Padahal tunjuk empat jari untuk diri sendiri

Kesal aku
Pada yang sumpah Lillahi Taala
Padahal dia tahu dia berdusta

Kesal aku
Bila habis madu sepah dibuang
Sebab belum kena batang hidung sendiri

Kesal aku
Untuk yang menadah tangan meminta-minta
Padahal anggota badan sihat wal afiat untuk bekerja

Kesal aku
Kalau aku jadi begini
Takut tak terima ibadahku nanti



SEGMEN : JOM TINGKATKAN FOLLOWERS SAMPAI LEBAM


Assalamualaikum, 
Kali ni aku join segmen dari MerepekGILA, pulak


- klik sini -


 Syarat-syarat dia mudah sangat, ni aku copy paste je *kes malas menaip, hihi : 

Buat satu entry " Jom tingkatkan followers sampai lebam " -letak banner kat entry
 Letak jumlah followers korang * yang sekarang * - terpulang nak printscreen ke hape ke .
 Letak link entry yang korang buat kat dalam kotak komen di bawah ni .
 Last , follow blog wa *malu* - semua peserta akan difollow back .



Followers aku sekarang : 349 *malas printscreen jugak, harap maap =)



Friday, 14 September 2012

SEGMEN : AKU SAYANG KAU, SAHABAT

Assalamualaikum.

Aku join segmen lagi. LAGI?? Ala apa salahnya support member kan? Jadilah sahabat contoh macam aku ni, haha *sila muntah. 

- klik kat SINI untuk join -


' Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.'
(Riwayat Abu Daud).


saat senang, saat susah, 
kau bagaikan keluarga
kau tetap ada
aku sayang kau sahabat
untuk selamanya



Aku dengan senang hati nak tag sahabat-sahabat blogger :



ANAK KAMPUNG


Salam Jumaat.

Jom tengok Anak Kampung versi Tasha Manshahar ni

Sweet sangat muka dia, tak tahan ^_^


Thursday, 13 September 2012

DAHULU

Assalamualaikum.

Nak tau, sekarang ni aku busy tau. Busy ternak lemak okay, haha. Disebabkan ke 'busy' an aku yang melampau-lampau tu, aku selalu lah jugak tengok gambar lama, time muda mudi dolu. *hoii sekarang pon aku muda lah.

Rindu weh zaman belajar. Jalan terkedek-kedek pegi kelas dengan kengkawan, makan satu meja ramai-ramai, shopping sama-sama tiap kali masuk elaun, tidur dalam kelas *ni special case, haha.

Sekarang semua dah berpecah balek tempat masing-masing sebab tengah tunggu KKM ( Kementerin Kesihatan Malaysia ) agih-agihkan tempat kerja kami. Tak sabar ni, tak sabar nak berkhidmat untuk korang korang yang saket nanti, haha ! *SAYA STUDENT FARMASI =)


- time induksi. gediknye budak dpn skali tu, haha -
- the boys..ehem.. -

- abaikan yg paling over tu, muahaha -

- mase praktikal kt spital Ampang, nk buat smbutan raya -

- the girls, eh aku mana? -


Gila tak rindu bile tengok gambar-gambar ni? Sekarang gambar jelah pengubat rindu kt depa ni tau. Even dah tak jumpa lagi, the memories wont fade away *eceyh.

' Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.'
(Riwayat Abu Daud)

so,
I LOVE MY FRIENDS !!


SEGMEN BLOGLIST PILIHAN CIK PUTRI


Assalamualaikum. 

Aku nak join segmen banyak-banyak sementara masih ada masa, haha ! *tamak betoll..

So sile join segmen ini juga, pelisss.. *muka kiut habes begging ni..





Pada aku blog die dah cantek, cukup kemas dan tayah nak add pape dah. Aku suka ! Entry die pon sempoi je, aku rase cukup menarik nak baca. Haha.





Wednesday, 12 September 2012

KEPALA BARU


Assalamualaikum. 

Hahaha harini aku hepi. Sebab ade kepala baru, yeay! Hoi jangan pikir bukan-bukan okay, kepala yang aku dok hingaq ni is HEADER.

Tadaa! Kepada yang rajin singgah blog yg membosankan ni mesti perasan kan, aku ade header baru. Peewiitt, dah pandai ada header bagai, orang lain tak kecoh pon macam aku, bla bla bla.



Amacam, cantek tak? Cepat angguk, kalau tak....(korang pikir sendiri akibatnya, hehe). Wink wink, bersinar-sinar mata tengok header baru aku ni, hihi.

Ok ekceli this header creted for me oleh THIS GUY yang sangat bermurah hati offer aku nak buatkan header. Dan memandangkan blog aku ni takde kepala so aku terloncat-loncat hepi dengan tawaran dia. Mak aih orang offer bende baik, takkan nak tolak kot, hehe. 

Aku rasa dia ni memang kreatif, tak caya pegi tengok blog dia. Mekaseh ANASYG, hang memang baik hati, lenkali buatkan la lagi, haha. Baik kan dia? Hehe, tepuk tepuk tepuk. Ok tu saje aku nak kecoh, kbye !







BUKAN KERTAS BIASA




- ni bukan duit aku okay, ihsan google lagi -



Kadang-kadang manusia sanggup menggadaikan AGAMA, BANGSA dan NEGARA semata-mata untuk mengejar KERTAS ini. KERTAS yang tiada nilainya di AKHIRAT kelak.




Monday, 10 September 2012

CRAVING

Assalamualaikum, hye !

Mase tu aku ade oder Pavlova, dekat CIKMIN. Pastu die hantar pakai GDEX kat rumah aku. Sebelum ni aku selalu oder dengan dia macaron feveret aku, alhamdulilah tak pernah menghampakan. So saja aku nak share dengan korang, hihi.  

 untuk mengelakkan buah tu lebam, die hantar dalam bentuk ini. 

 so kene lah buat sendiri

 deco ikot suka, pastu....SIAP!

ready to eat, hehe..


Emm nyum2, sedap hingga menjilat sudu, hihi. Kalau nak anda boleh la oder dengan CIKMIN ye, jangan malu-malu.




Sunday, 9 September 2012

SEGMEN : KU FOLLOW KAU FOLLOW


Assalamualaikum and hye !

Dengan ini diperkakukan,
aku nak join segmen
ewahh ewahh
rajin pulak aku sekarang kan?


Bukan apa, syarat-syarat die mudah aje,
1. Buat satu entri
2. Tepek banner dan link dkt entri 
3. Folow BLOG dan TWITTER die

For more info sile klik kt atas tu kay =)

Thursday, 6 September 2012

TEKEJUT MAK !


Ketang ketung ketang ketung

Bunyi yang sangat kuat itu menarik perhatianku

Hati berdebar-debar, apakah itu ?

Perlukah aku keluar atas sifat ingin tahu ?

Ketang ketung ketang ketung !!

Semakin kuat pada pendengaranku

Ini tidak boleh jadi, kataku

Kaki deras-deras ke arah pintu 

Lantas mata tertancap ke atas sesuatu

Oh, keluarga lotong pulang petang rupanya, hehehe



p/s : dorang jalan atas bumbung parking kereta dpn rumah aku, tu yg bunyi kuat sgt, hihi.

p/s lagi : tak sempat amik gambo, ni mintak encik google =)






Wednesday, 5 September 2012

CONTEST ASIAFANS.NET

Assalamualaikum.

Hari ni ade benda baru aku explore. Serius, aku tak berapa paham as this is the first day aku explore this thing. Eh, jarang tau aku nak join contest sebab aku bukan reti sangat, hihi. 

Ok, ASIAFANS.NET ni macam churp churp, says.com tu sebagainye la, tapi yang bestnye, die mudah dapat coins. Kat sini kite boleh collect coins melalui TWITTERFACEBOOKYOUTUBE, dan DIGG melalui cara yang serius simple, bebudak tadika pon boleh try, hehe.

Jangan risau, pada yang buta IT macam aku pon boleh belajar slow-slow sebab ada tutorial yang mudah difahami kat situ. Aku rasa rugi sapa yang tak try bende ni, seriously !

Oh btw aku nak kasitau the penaja's of this coontest, hehe..and they are :

3. zaxx
5. anirah
7. tbnsa

Ok, tepuk3..mereka sangat pemurah, hihi. So aku nak tag DUA orang untuk contest meriah ni and they are :








Monday, 3 September 2012

PENUNGGU RUMAH

Assalamualaikum.

Setiap rumah aku rase, memang ber'penunggu'. Bukan tunggu macam pak guard tu, tapi maksud aku penunggu dari alam ghaib. Entry kali ni bukanlah nak buat macam uncle seekers tu or cite hantu yg box office kat pawagam. Tapi pasal RUMAH AKU SENDIRI.

Oke, rumah aku ni kat kaki bukit dan baru bukak mase thun 2008. Betol-betol sebelah bukit, dan sebelahnya pulak is kubor cina *jeng..jeng..jeng. Jangan risau, bukan menakutkan sgt pon. 



The story begins when sejak kami duduk rumah ni, my mom selalu mimpi pasal baby. Pastu badan dia salu lebam-lebam dgn ada dua bintik *mcm gigitan, kat lebam tu.

Masa akak sulong aku stay rumah ni lepas give birth dulu, baby dia asyik meragam dan menanges tak berhenti-henti. Last-last pergi berubat dgn sorang ustaz kt kg aku. Kali ni akak second aku pon baby dia ada simptom yang sama. Bile maghrib jek mule lah menanges keras-keras, paling teruk smpai pukul 11mlm, pastu tetidur kepenatan sampai pagi. 



So kami pun bawa lah anak akak aku ni jumpa ustaz laen *coz ustaz tadi dah meninggal. Puas lah berubat tapi dia still menanges tiap malam. Malam berikutnya ustaz datang rumah ni, katanya it might have something wrong with this house. So dia pun azankan rumah ni dan baca doa-doa yg patut. 

Pastu kami pun tanya kat ustaz, apa makna kalau mimpi baby pastu siap ada lebam-lebam kat badan? Ustaz tu cakap mungkin BENDA tu nak berdamping dengan ibu aku. Ekceli my mom ni memang lemah semangat, then sejak kami pindah rumah ni, selalu kene 'tindih'. Kesian ibu. 

Member aku penah dtg rumah aku, dia kata ada mimpi about bukit tu, tapi dia tak ingat pasal apa. Yang penting bende tu scarry katanya. Aku pulak sejak dua menjak ni selalu terdengar bunyi-bunyian. Ish ish ish, entah la, aku harap perkara ni tak la seteruk mana dan takkan maken teruk. 

Setelah berusaha dan berikhtiar, kini kami hanya berdoa dan tawakal pada Nya.

“Hanya Dikau yang kami sembah (abdikan diri), dan hanya kepada Dikau kami mohon pertolongan.”  Surah al-Fatihah, ayat 5.