Sang Setia

Monday, 3 September 2012

PENUNGGU RUMAH

Assalamualaikum.

Setiap rumah aku rase, memang ber'penunggu'. Bukan tunggu macam pak guard tu, tapi maksud aku penunggu dari alam ghaib. Entry kali ni bukanlah nak buat macam uncle seekers tu or cite hantu yg box office kat pawagam. Tapi pasal RUMAH AKU SENDIRI.

Oke, rumah aku ni kat kaki bukit dan baru bukak mase thun 2008. Betol-betol sebelah bukit, dan sebelahnya pulak is kubor cina *jeng..jeng..jeng. Jangan risau, bukan menakutkan sgt pon. 



The story begins when sejak kami duduk rumah ni, my mom selalu mimpi pasal baby. Pastu badan dia salu lebam-lebam dgn ada dua bintik *mcm gigitan, kat lebam tu.

Masa akak sulong aku stay rumah ni lepas give birth dulu, baby dia asyik meragam dan menanges tak berhenti-henti. Last-last pergi berubat dgn sorang ustaz kt kg aku. Kali ni akak second aku pon baby dia ada simptom yang sama. Bile maghrib jek mule lah menanges keras-keras, paling teruk smpai pukul 11mlm, pastu tetidur kepenatan sampai pagi. 



So kami pun bawa lah anak akak aku ni jumpa ustaz laen *coz ustaz tadi dah meninggal. Puas lah berubat tapi dia still menanges tiap malam. Malam berikutnya ustaz datang rumah ni, katanya it might have something wrong with this house. So dia pun azankan rumah ni dan baca doa-doa yg patut. 

Pastu kami pun tanya kat ustaz, apa makna kalau mimpi baby pastu siap ada lebam-lebam kat badan? Ustaz tu cakap mungkin BENDA tu nak berdamping dengan ibu aku. Ekceli my mom ni memang lemah semangat, then sejak kami pindah rumah ni, selalu kene 'tindih'. Kesian ibu. 

Member aku penah dtg rumah aku, dia kata ada mimpi about bukit tu, tapi dia tak ingat pasal apa. Yang penting bende tu scarry katanya. Aku pulak sejak dua menjak ni selalu terdengar bunyi-bunyian. Ish ish ish, entah la, aku harap perkara ni tak la seteruk mana dan takkan maken teruk. 

Setelah berusaha dan berikhtiar, kini kami hanya berdoa dan tawakal pada Nya.

“Hanya Dikau yang kami sembah (abdikan diri), dan hanya kepada Dikau kami mohon pertolongan.”  Surah al-Fatihah, ayat 5.






22 comments:

  1. banyakkan baca al-quran..mohon agar Allah bg perlindungan pd kita...insyaAllah, everthing gonna be okey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap hari bce al-Quran dear..n tiap kali baby nanges jgk, kite bacekan surah Yassin, baru die oke..huhu

      Delete
  2. sungguh posting yang bermanfaat kawan...senang berkunjung ke blog anda :D

    ReplyDelete
  3. scarynya baca >.< perbanyakkan baca Quran dan baca surah2 yg ptot b4 tidur. dan jgn tidu terlentang. tidur mengereng ke kanan. insyaAllah 'benda tu' x kacau. =) and yeah. bila baby menangis sampai mcm tu skali lain sebabnya. bcoz baby kan boleh nmpk benda2 halus mcm tu. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, mmg tiap hari kite bace Quran tau, tp die tetap nk kacau kami sekeluarga, huhu..btol3, baby mmg bley nmpak sbb hijab dorang terbuka lg..

      Delete
  4. yang penting, kuatkan semangat,,yang wajib perkukuhkan lagi.. semangat kasi rock(batu) skit..insyaAllah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betol tu, tengs for the advice, i'll improve myself =)

      Delete
  5. ish3.. cian baby nagis smpai ttdur.. sblum ni xde lah jdi camni kt sy.. lpas ni leh be careful =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kesian dia tetidur sbb pnt nanges, huhu..gud, careful dear :)

      Delete
  6. memang macam tu lah geng...EA rasa setiap rumah mmg ada penunggunya..cuma kita jer x nampak dgn mata kasar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol3..org tertentu trmasuk baby je yg bley npk, sbb tu laa baby x benti2 nanges..huhu

      Delete
  7. Segala usaha dah buat.. Sekarang tawakal je la pada Allah Taala.. Rumah taman atau rumah tanah sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, skrg tawakal jela dear..huhu, rumah condo

      Delete
  8. bisanya org yg lemah semangat yg mudah dijadikan tmpt utk mahkluk halus menumpang. Kaedah trbaik, mestilah jadikan Al-quran sebagai bacaan rutin di dlm rumah. Waktu mula2 masuk rumah baru seeloknya baca dulu surah al-baqarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg membaca Quran jd rutin harian tetap kite, tp tu laa, die nk jugak stay rumah ni nk buat cemana kan, huhu..tengs for the advice =')

      Delete
  9. Replies
    1. ni bukan cerita, tp real punya, hihi

      Delete
  10. Quran jangan tinggal. InsyaAllah..kuat kan semangat ye..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah setakat ni x tggal kecuali waktu2 CUTI, hehe..tengs dear =)

      Delete
  11. perdengarkan bacaan surah al baqarah. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. almost everyday dear..btw tengs remind me :D

      Delete